10 Info Basikal yang Menarik untuk Diketahui

Tell a Friend

Korang aktif berbasikal? Basikal sekarang ni dah jadi fenomena. Bukan hanya sebagai pengangkutan mereka yang berpendapatan rendah tapi sekarang ni dah jadi trend di Malaysia. Dah makin banyak kelab cycling dan makin ramai orang join. Berbasikal ni satu sukan yang sihat so, memang bagus la if korang pun join sama. Hari ni, Rie nak kongsi beberapa info tentang basikal yang menarik untuk diketahui:

  1. Basikal pertama dicipta pada tahun 1817 oleh Baron von Drais dan dikenali sebagai Draisienne atau kuda hobi. Jangan terkejut sebab basikal tu dicipta tanpa pedal so, kena tolak kat tanah dengan kaki untuk bergerak. Draisienne ni dicipta untuk berjalan di taman istana dan dibuat 100% dengan kayu.
    .
    .
  2. Velodrome adalah nama stadium untuk perlumbaan basikal. Track di velodrome ni diperbuat dari kayu dan ada laluan yang bersudut sehingga 42 darjah! Sesiapa sahaja boleh cycling di velodrome ni; pro atau amateur dengan syarat beli permit dan gunakan basikal track. Tapi velodrome ni dah makin kurang digunakan sebab ramai lebih suka free style cycling.
    .

    .
  3. Track bicycle ialah basikal yang digunakan di Velodrome. Yang menariknya, track bicycle ni takde brek! Dan lagi, takde freewheel dan gear pulak jenis fixed (satu gear sahaja). Ni bermakna cyclists tidak boleh berhenti mengayuh untuk memastikan basikalnya tetap bergerak. Adeiii…betul-betul penat punya sport ni kan? sebab tu la, makin kurang peminat track bicycle ni.
    .

    .
  4. Sebanyak 20 buah basikal boleh diletakkan di satu ruang tempat kereta! Kalau la semua orang guna basikal, sure tempat parking kereta banyak kosong. (tapi kalau semua guna basikal, siapa nak guna kereta? wakakaka)
    .

    .
  5. Tandem bicycle yang paling panjang ialah 67 kaki panjang dan boleh memuatkan 70 kaki (35 orang la..haha)!  Jenuh la nak corner. Tandem bicycle tu maksudnya basikal yang dikayuh lebih dari seorang.
    .

    .
  6. Basikal termahal di dunia berharga $114 000! Aurumania’s Gold Bike Crystal edition disaluti dengan emas 24 karat – termasuklah bahagian jerijinya. Handlebarnya dibuat dari kulit dan dijahit dengan tangan. Nama Crystal edition diberi kerana ianya dihiasi dengan 600 kristal Swarovski – termasuklah nama Aurmania yang ditulis dalam bentuk tulisan Braille sepanjang crossbar. Basikal ni ada 10 je kat dunia! Siapa la yang gila membelinya kan? Aiyark.. leh beli 2,3 bijik kereta tuuu!
    .

    .
  7. Helmet basikal yang pertama bernama hairnet, dibuat daripada kulit dan wool. Dikatakan ianya tidak mampu berfungsi sebagai alat pelindungan keseluruhan kepala. Satu-satunya fungsi yang boleh dilakukannya ialah melindungi telinga.
    .
    .
  8. Orville and Wilbur Wright, dua adik beradik yang pertama menerbangkan airplane sebenarnya adalah pemilik kedai repair basikal di Dayton, Ohio. Patutlah airplane yang pertama ada rupa-rupa basikal kan?
    .

    .
  9. Bike delivery service adalah perkhidmatan penghantaran barang dan pembuangan sampah menggunakan basikal dan amat popular di Northampton, Massachusetts, USA. Mereka menggunakan bike trailer sepanjang 96 inci dan barang yang hendak dihantar mestilah di bawah 300 pounds!
    .

    .
  10. Ada lebih dari setengah juta basikal yang digunakan di negeri China! Sihat la semua camtu kan?
    .
    .

Wah.. macamana? Agak menarik ke info ni?
Rie memang suka basikal, sangat suka! Ala-ala I’m loving it!

Bacaan tambahan: ladystiles, nationalgeographic
Sumber cerita dan photos: En Google


Jom tempah potret & karikatur?

Nak belajar main gitar?


Langgan untuk dapatkan update entry terbaru.

Masukkan e-mail untuk melanggan:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 pendapat bernas

  1. time umur 7 tahun, Yied memang suka sangat main basikal… Tapi skang dah kurang active berbasikal sebab Yied lebih suka blogging… dan tweet tweet.

  2. aku suka! aku suka post ni yeah!
    ss´s last blog ..MERDEJAH My ComLuv Profile

  3. yang bersalut emas tu fara tanak pakai..sebab baik beli keta jek..heheh..

    masa kecik2 ,mama cakap fara ada banyak basikal..bertukar ikut umur..last pakai basikal darjah 4 sebab dah pandai bawak motor..hik3…macho kan..
    Nurfarahana Abdul Aziz´s last blog ..Show UTeM Band di Mydin MITC MelakaMy ComLuv Profile

    • hehe..skrg ni ade beskal lg tak?
      darjah 4 dah bawak motor ek
      rie darjah 6 kot baru dpt greenlight..hehe

  4. sekarang basikal fixie jd kegilaan..basikal track yg diguna pakai atas jln raya..huhu..lawa2 plak tu..
    paihujey´s last blog ..jangan buat orang rasa menyampah!!!My ComLuv Profile

    • btol2..basikal mmg dh jd trend skang ni
      lg2 plak basikal fixie warne warni yg cool gler..hehe

  5. saya selalu main basikal untuk kejayaan



Apa Pendapat Anda?

Ping My Blog!