Rie ada motor (ni bukan statement berlagak ye). Motor Rie motor Modenas GT128. Nama dia Devilish Dearie. Rie memang suka je bagi nama kat barang-barang Rie. (Beskal Rie name Miss Sara. Hahaha..) Dah 7 bulan Rie guna si Devilish ni dan Alhamdulillah, setakat ni belum ada apa-apa problem lagi
So, hari ni, Rie nak wat review sket tentang GT128 ni berdasarkan pengalaman Rie.
My Dearie Devilish
Comey tak stikers Rie? hehe
Devilish Dearie ni Rie beli in September 2009 dgn harga RM5100 cash termasuk roadtax and insurance kat Sarawak. (Dapat jugak no plate Q..hehe) Tu pun setelah 2 tahun dok jalan kaki p sekolah hari-hari..huhu.. Sekarang mungkin dah turun kot harga dia? Lagi-lagi kat semenanjung, cheaper price I guess. Reasons kenapa Rie beli GT128 ni korang boleh tengok kat entry lama Rie kat sini.
Apa yang Rie boleh ringkaskan mengenai GT128 ni ialah ia sebuah motor yang selesa dibawa untuk perjalanan jauh. Fizikal tinggi dan besar, berat pun boleh tahan. Disebabkan itu, kalau nak speed, mmg besh. Tak rasa melayang-layang sebab cukup berat. Pickup pun cepat even ada pembonceng besar punyaaaa! kat belakang. Rie rasa GT128 is better compared to Modenas Xcite 130 even Xcite punya cc lg tinggi. Rie dah test dah my nephew nyer Xcite 130. Rasa cam susah sket nak tukar gear. Tak tau la if my nephew nyer Xcite de problem. Kalau nak banding dgn motor lain, Rie xberani la kan sebab different class and manufacturer.
Cuma kekurangan GT128 ni ialah kekurengan enjin die panas kalau pagi-pagi. Mesti mau gune choke. Kalau x, berpeluh la ketiak nak start manual. Then satu lagi, fuel gauge tu selalu je bertukar-tukar. Kalau bawak laju around 120km/h, meter minyak dia turun, then blink2. Then, bila slow sket, meter dia naik balik. Tapi papehal pun, motor ni memang sangat petrol saving. Haa, ada satu lagi..ramai yang kata speedmeter GT128 ni banyak ralat. Hmm..maybe gak la kann tapi bdasarkan meter tu, paling laju Rie penah bawak is 130km/h.

Odometer dah 1500km..Another 500km, kena p hantar servis
Rie ada baca satu forum ni. Dorang dok kutuk GT128 ni. Motor Malaysia memang tak tahan. Hmm..pada pendapat Rie la kan, everything start from the bottom and develop by years. If terus nak condemn our local product, sampai bila pun our quality takkan leh p jauh. When you buy local product, our local company will grow and even more quality will be produced. Even tak suka the quality pun, jangan la kutuk kannn.. Bagi pendapat untuk pertingkatkan, jangan jadi masyarakat kelas ketiga. Yamaha, Honda and so on yang korang banggakan tu dah develop how many hundred years compared to our Modenas. So, help our local company to develop supaya local product pun boleh dibanggakan satu hari nanti..kalau bukan oleh kita, oleh anak cucu kita.

Helmet Rie pun ade nama-Black: Mr Devilish, White: Mrs Dearie






















sudah join gt128riders.com…??
dah join dah
cuma jrg masuk sana
kalo ada ms, jenguk2 jugak