Perjalanan Sibu ke Mukah, Sarawak

Hi guys and girls. Dah dua hari Rie menyepikan diri. Rie baru balik dari meeting  data OPMEN di Mukah. OPMEN tu stand for Operasi Menengah. Data tu penting untuk memaklumkan kepada kementerian tentang keperluan guru kat sekolah2. Guru option apa yg kurang, berapa orang guru diperlukan untuk sesebuah sekolah and so on. Rie actually bukan guru data pun, just pembantu je tapi disebabkan guru data sekolah Rie sangatlah produktif menghasilkan anak baru, terpaksa la Rie pergi mengganti dia. Kali ni okay jugak la sebab dia dah update semua data sebelum Rie pegi berbanding last 2 years, masa dia mempregnantkan 1st child, semua Rie yang lintang pukang buat..huhu



Rie tak berapa suka meeting OPMEN (ada ke org yg suka meeting kann?haha) sebab dibuat di Mukah. You have no idea how far it is from my school. Meeting hari Isnin tapi ahad pagi2 celik dah kena gerak. Rie kena naik van 40 minit ke jeti,  naik bot one and half hour ke Sarikei, naik bas one and half hour ke Sibu, naik bas lagi 5 hours ke Mukah. Keadaan jalan dari Sibu ke Mukah yang 5 jam tu memang mencabar keimanan. Dengan jalan yang takde rupa jalan, berbatu sana-sini (bukan bertar ye..huhu), kemungkinan untuk sakit pinggang ialah 100%. Harap maklum. Tambah pulak dengan kawasan R&R yang takde restoran atau kedai Islam. Cuba la bayangkan betapa sengsaranya. Kena pulak jalan kaki 10 minutes dari bus terminal Mukah ke hotel sebab susah sangat nak nampak tayar teksi.

Rumah Panjang yang Rie nampak otw dari Sibu ke Mukah.. Panjang kan?

Rumah Panjang yang Rie nampak otw dari Sibu ke Mukah.. Panjang kan?

Dan kalau la ada orang yang nak pertikaikan jasa guru di kawasan pendalaman, even if Rie dah tak jadi cikgu lagi (possible soon), Rie akan bangkang sekeras2nya sebab Rie dah rasa kesusahannya. Itu belum cerita cikgu2 yang berkhidmat kat kawasan pendalaman III yang takde bekalan elektrik, xde jalan darat, pengangkutan pun susah nak ada. Pengorbanannya lebih lagi kan especially bila mengajar anak2 orang asli yang baju sekolah pun dorang tak kenal. Okay, cukup la Rie membebel2. Jom layan pics ngan video plak. Tak banyak pun, mana2 yang Rie rasa besh je la Rie letak kat sini.

Sape la ngajo ni kann..hehe

Sape la ngajo ni kann..hehe

Bilik Hotel Royal Inn.. Ok la kan, RM52 satu malam..

Bilik Hotel Royal Inn.. Ok la kan, RM52 satu malam..

Dalam banyak2 hotel yang Rie p, ni la hotel paling pemurah Rie penah jumpa..hekhek

Dalam banyak2 hotel yang Rie p, ni la hotel paling pemurah Rie penah jumpa..hekhek

Meh view my bus journey..


Related Posts with Thumbnails
Jangan terlepas update dari RieZarchry.Com. Langgan Percuma :)
Masukkan e-mail:

Hasil Tangan Menaip

Rie RieZarchry adalah seorang blogger, pecinta seni dan penggila basikal dan kapcai. Bercita-cita nak menerbitkan komik sendiri. Segala penulisan adalah berdasarkan kajian atau pendapat peribadinya sahaja. Jom follow di Twitter.


Ping My Blog!

  1. no somokking..

    hahahahaahhahahaha!