Tutorial Animasi Simple dengan Adobe ImageReady

Tell a Friend

Hari ni dah masuk minggu kedua peperiksaan pertengahan penggal kedua di sekolah Rie dan macam biasa lah bila setiap kali peperiksaan, cikgu-cikgu akan mengawasi. FYI, mengawas peperiksaan adalah perkara yang sangat mengantuk. Mula-mula memang walk around untuk tengok students menjawab dan pastikan mereka tak bawak toyol tapi bila dah berjam-jam, letih juga. So, duduk la sambil-sambil tanda kertas. Disebabkan keadaan yang senyap sunyi, akan terjadilah fenomena mengantuk pula diselangselikan dengan berangan tak sabar menanti ketibaan syawal.

Dan disebabkan itu, terhasil lah satu lukisan di atas kertas A4 yang biasa-biasa saja menggunakan pen dan liquid paper.

Tutorial kali ni Rie nak share cara buat animasi simple menggunakan Adobe Imageready. Mungkin agak pelik bagi sesetengah orang sebab buat animasi menggunakan ImageReady tapi camne pun I guess we have our own way to do it. Untuk membolehkan kita menghasilkan animasi ringkas seperti di bawah ni, ada beberapa benda yang kita kena lakukan.

  1. Warnakan lukisan di Photoshop. Boleh gunakan Paint Bucket Tool (G) untuk warna cam biasa.
  2. Then, buat layer untuk animasi di Photoshop juga. Rie cut awan berangan pada lukisan asal tadi dan paste untuk dapatkan layer yang satu lagi.
    .
    .
  3. Kemudian save sebagai PSD file.
  4. Buka Adobe ImageReady application pulak. Open file PSD yang dah di save tadi.
  5. Klik pada Window > Animation
    .
    .
  6. Click  mata pada layer yang kita tak nak ada pada permulaan animasi.
    .
    .
  7. Duplicate current frame pada tetingkap Animation. Korang akan nampak 2 frame pada tetingkap Animation tu.
    .

    .
  8. Adjust opacity background tu supaya kelihatan kabur.
    .
    .
  9. Click semula mata pada layer yang korang nak tunjukkan selepas frame pertama.
    .
    .
  10. Set delay time untuk setiap frame pada tetingkap Animation.
    .

.

Dah siap!!!

Cuba try buat yang bawah ni pulak.
Rumit sedikit berbanding yang tadi.

Selamat Mencuba! :)


Jom tempah potret & karikatur?

Nak belajar main gitar?


Langgan untuk dapatkan update entry terbaru.

Masukkan e-mail untuk melanggan:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 pendapat bernas

  1. nice bro. lawa. hee. aku kongsi kt fb. tq :D
    acapz´s last blog ..Etika Yang Perlu Ada Pada Seseorang Yang Bergelar Hacker My ComLuv Profile

  2. tak pernah guna lagi Adobe Imageready hehe..
    aizuddin´s last blog ..Hidup Seorang Blogger 2 My ComLuv Profile



Apa Pendapat Anda?

Ping My Blog!