Perjalanan Balik Kampung Dari Sarawak ke Johor Bahru

Tell a Friend

Sepi 2,3 hari blog ni tak berupdate. Rie baru sampai Johor tengahari semalam. Perjalanan balik kampung kali ni agak menghauskan. Maklumlah puasa kan.

Perjalanan balik kampung Rie dari Sarawak ke Johor Bahru yang bermula pada tengahari Jumaat memang lengkap dengan pakej kenderaan pelbagai jenis. Dari rumah Rie di Jerijeh nak ke terminal bot di Tanjung Manis, perlu naik van atau kalau malang sedikit, kena naik lori. Sebelum tu, kena call dulu van atau lori ni. Kalau tak, dorang tak datang la ambik. Tambang RM5 seorang. Ada juga alternatif lain, boleh naik flight terus ke Kuching pagi Sabtu tu tapi kadang-kadang flight cancel tanpa sebab. So, agak risky juga la untuk tiket penerbangan yang dah dibeli tu.

Setibanya di terminal bot (selalunya dalam pukul 1230), kebiasaannya kami akan makan tengahari dulu sementara menunggu bot ekspress tiba. Tapi disebabkan bulan puasa, yang non-muslim sahaja yang pergi makan. Yang muslim kena la jagakan beg mereka. Bot ekspress ke Kuching selalunya tiba around 115-145 tapi pernah juga lambat yang amat. Dalam pukul 3 baru sampai dan sebab tu agak membahayakan kalau flight waktu petang. Boleh tertinggal flight disebabkan kelewatan bot ni.

Bot Ekspress Bahagia No 1 [credit]

Perjalanan dari Tanjung Manis ke Kuching ni makan masa hampir 3 jam setengah. Agak berkematu juga lah punggung. Kalau laut bergelombang besar, lagilah naya. Campur dengan orang ramai bersesak-sesak dan air cond yang teramat sejuk, memang agak memualkan 3 jam setengah tu. Tambang bot Rm40 seorang.

Sesampai di Kuching, selalunya perlu bermalam sehari untuk menunggu flight esoknya. Tempat favourite selalunya ialah Tune Hotel walaupun agak pricey tapi kemudahan shuttle ke airport agak murah (+- RM9.90) dan berbaloi berbanding naik teksi (paling murah RM28). Tapi cuti kali ni, agak bertuah sebab kawan Rie yang tinggal di Kuching belum balik ke Johor, jadi bolehlah tumpang bermalam di rumah beliau itu. Ahaks.

Pagi Sabtu around 9+ am, Rie pun bertolak ke Airport Kuching dan kali ni semestinya naik kenderaan udara pula, Kapal Terbang AirAsia yang kadang-kadang delay sampai 2 jam tapi tak bayar gantirugi pun. Hahaha

[photo credit: Google]

Dan Alhamdulillah, Rie selamat tiba di Johor tengahari semalam dalam pukul 1130. Berbuka puasa di Hotel GoodHope, seorang RM35. Agak berbaloi juga sebab banyak makanan tapi takde certain dishes yang betul-betul sedap sampai nak tambah 2,3 kali. Camnepun, Alhamdulillah atas rezeki Tuhan.

Sekejap lagi, nak bertolak balik ke rumah bertemu bonda tercinta. Nanti kat rumah, takde line internet dan jarang-jarang lah Rie boleh update. Camnepun, liveblogging tetap on! Okaylah, Rie just nak ucapkan Selamat Balik ke Kampung! Jangan drive laju-laju bagi yang memandu sendiri dan bagi yang menaiki public transport, jangan tidur banyak sepanjang perjalanan. Pastikan pemandu kenderaan yang anda naiki tu sentiasa awas sepanjang masa.

Jumpa lagi next post! Salam Aidilfitri.

P.S: Maaflah gambar semua google. Agak tak sabar nak jejak kaki ke bumi Johor so, kamera dan phone pun ntah ke mana :)


Jom tempah potret & karikatur?

Nak belajar main gitar?


Langgan untuk dapatkan update entry terbaru.

Masukkan e-mail untuk melanggan:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 pendapat bernas

  1. wah..lma perjlnn.mcm ke tkyo suda..cm pnh tkyo ak ni.haish
    suzierahman´s last blog ..Baby My ComLuv Profile

  2. knp lh msk link lain.ptot entry “baby” haha
    suzierahman´s last blog ..1st Giveaway by Petals Patch My ComLuv Profile

  3. salam kenal bro.. kitak orang ni? kmk asal sri aman
    Mus´s last blog ..Apa Pendapat Anda Bila Anak Pakai ‘Bundle’My ComLuv Profile

  4. …seronoknya dah bebas
    tak perlu nak jadi pak angguk



Apa Pendapat Anda?

Ping My Blog!