Sekarang ni, banyak betul cerita superhero kat Malaysia kan. Dulu masa kecik2, Rie suka tengok ultraman, power rangers, teletubbies (eh..superhero ke tu). Paling-paling hot cerita superhero melayu pun yang ada cuma Keluang Man dan satu lagi tu, Chempiang yang ada watak Hati Pecah tu. Tapi masa tu, tengok cerita aksi pun gelak tak hengat sebab costume punya la lawak.
Sekarang ni nampaknya pengarah-pengarah filem Malaysia dah semakin berani nak mengeluarkan lebih banyak cerita aksi komik cam ni. Mula dengan Cicak Man, sekarang ni dah ada Kapoww pula. Mula dengan Papaya, sekarang dah makin bertambah-tambah cerita superhero Malaysia di televisyen.
Tiap kali Rie tengok, sentiasa ada je masa yang Rie gelak tengok scene cerita superhero buatan Malaysia ni dan yang hairannya, takde pula Rie gelak bila tengok cerita superhero luar; omputih ke jepun ke. Kenapa agaknya kan? Adakah sebab costume yang dipakai tak sesuai atau ada certain effect pada filem yang tak menjadi?

Selain tu, kalau tengok filem aksi komik dari luar negara, penggunaan warna dalam filem macam tak variasi kan. Selalunya hero akan pakai costume gelap dan setting pun selalunya tak terang untuk nampak hero tu macho. Hahaha.. Rie rasa satu-satunya filem yang berjaya sebagai filem Superhero ialah Cicak Man. Costume dah semakin canggih, setting tempat pun menarik. If ada Cicak Man 3 ke 4 ke 10 ke, Rie rasa Malaysia bakal menyaingi cerita superhero dari negara lain.
Dan sekarang pula, KRU mengambil langkah seterusnya untuk lebih kaya iaitu menerbitkan komik CicakMan pula. Semakin licik macam cicak la. Thumbs up!




suka Hati Pecah tuuu..
;p
suka ek..
tp rs cam klaka je ms tu
sbb xbiasa tgok lg kot
malaysia buat citer cmtu
haha