Seminggu ni kecoh dengan hal sebilangan penduduk Indonesia membakar bendera Malaysia dan kalau korang search di internet, pelbagai reaksi dari penduduk Malaysia dan Indonesia sendiri mengenai demonstrasi ni. Walaupun kejadian ni bukan kali pertama tapi Rie rasa bimbang juga kalau-kalau berlarutan. Lagipun sama-sama negara Asia, agak memalukan kalau bertelagah sesama sendiri.
Kalau di Facebook, tengok je komen dari orang ramai mengenai kejadian ni. Masing-masing memaki-maki. Malah kenyataan akhbar, ada yang mengatakan rakyat Indonesia perlu otak untuk berfikir lebih matang. Kalau lah Rie ni rakyat Indonesia, memang panas je rasa hati bila membaca. Rie bukan nak berpaling tadah tapi dari situ pun, mungkin dah boleh kita katakan ada antara kita terlalu sombong dengan negara sendiri sampai tak tahu nak menghormati orang lain.
[Photo credit: Decrepit Solitude]
Rie try google kat internet berkaitan isu ni dan memang banyak sumber datang dari blog-blog di Indonesia. Malah ada Facebook Page yang memusuhi Malaysia disokong oleh 3,000 orang. Mungkin di Malaysia, kita memandang isu ni remeh tapi dalam diam, Indonesia mungkin sedang bersedia mental fizikal untuk betul-betul memusuhi kita…atau berperang sekalipun!
Isu Ganyang Malaysia ni memang dah lama bermula, sejak pemerintahan Presiden Suekarno lagi. Try korang tengok kat sini. Rie nak cerita banyak pasal sejarah ni memang out. Menurut sumber tu dikatakan rakyat Malaysia pada ketika itu ada membuat demonstrasi memijak bendera Garuda Indonesia.
Bukan itu je, ada banyak lagi blog-blog lain yang bercerita tentang ni dan yang paling menarik hati Rie ialah di DaniGunawan.Com. Bila baca, ada betul juga buah fikiran Dani ni. Try to put ourselves in their shoes dan korang akan nampak Malaysia sebuah negara yang agak tamak? Mana taknya semua benda nak diclaim kita punya. Rendang, Baju batik, Tarian Pendet dan ada 1001 benda lagi yang dikatakan kepunyaan Malaysia. Dan mereka amat marah dengan slogan Malaysia Truly Asia sebab adakah Malaysia sahaja yang sebetul-betulnya Asia? Macamana dengan negara-negara lain di Asia. Memang betul kan? Kita memang agak perasan dengan slogan itu. Adeii.

Apa penyelesaian kita?
Kita sepatutnya lebih sensitif dengan perasaan negara lain. Kalau kat Facebook, Blog atau mana-mana media online, kita perlu berhati-hati dengan setiap buah fikiran kita. Jangan cakap main lepas je sebab ramai yang akan baca dan jangan cakap kalau tak tahu menahu apa dan kenapa. Dan yang paling senang dibuat, stop penggunaan perkataan Indon sebab ianya tidak disukai. Sebut penuh- Indonesia atau secara pendeknya-WNI, Ind atau Ina. Jadilah manusia yang prihatin dengan perasaan manusia lain.
Malaysia perlu lebih terbuka dalam konsep budaya. Takkan semua benda nak diclaim kita punya. Kaji dengan lebih dalam asal-usul sesuatu budaya sebelum kita claim kepunyaan kita supaya takde bangsa lain yang akan rasa annoyed dengan perasaan takjub dan keperasanan kita. Lagi pula, stop la nak claim itu kita punya, ini kita punya. Makanan pun nak claim? Apa ada hal?
Bukan Indonesia je yang nyampah ngan kita ok? Singapore dan Jepun pun sama. Rie rasa setiap negara Asia agak menyampah dengan slogan Malaysia Truly Asia dan perangai kita yang nak claim2 segala mala jenis barang.
[photo credit: TheBanzaiEffect]
Dan Indonesian juga jangan lah membakar bendera Malaysia malah mengubah lagu negaraku! Dan jangan pula menghack situs daku ini. Huhu. [Refer to: Kejadian 116 situs Malaysia yang telah dihack pada 31 Ogos 2009]
Bertolak ansurlah kerana keamanan itu mahal harganya.




Rie
Kita di sini bukannya mengklaim tapi melestarikan budaya yg telah wujud di malaysia zaman berzaman. Baik Rendang @ batik, kedua2nya telah wujud di tanah melayu ini berkurun2 lamanya dibawa oleh org Minang dan Jawa
Setelah penghijrahan mrk ke sini mrk masih mengekalkan kebudayaan mrk dan sehingga hari ini kita masih boleh melihat kedua budaya ini diamalkan di malaysia
Minang – di seluruh Negeri Sembilan
Jawa – di Johor terutamanya di Batu Pahat.
Dan kita tidak menafikan budaya2 ini asalnya dari Indonesia
Jadi, adakah salah kalau kita perkenalkan kpd dunia ini adalah antara budaya yg terdapat di Malaysia
Batik/rendang yg kita perkenalkan adalah batik/rendang malaysia bknnya batik/rendang Indonesia.
Contoh lain, org Cina dan India di malaysia yg telah lama dtg ke malaysia, Adakah negara China @ India perlu marah sekiranya mrk lihat kedua2 budaya ini dipertontonkan ke mata dunia. Lain la kalau ia x wujud maka ia akan jadi satu persoalan.