Model Smart Ferrari yang Mudah Terbakar: 458 Italia

Tell a Friend

Korang suka kereta Ferrari? Siapa la yang tak suka kan?

Rie pun kagum dengan Ferrari ni. Tiap kali lalu depan Mutiara Motor di Larkin tu, berhenti kat trafik light, mata takkan memandang ke lain. Mesti dok jengah-jengah tingkat atas Mutiara Motor tu. Ada Ferrari merah sebijik di letakkan di situ. Dalam hati dok terfikir-fikir, siapa la bakal pemilik jentera yang hebat stylo mylo ni.

Salah satu model Ferrari yang terbaru dan menggiurkan ialah 458 Italia yang memuatkan 2 tempat duduk. Model 458 Italia ni baru dilancarkan pada 2009 di IAA Frankfurt Motor Show. Laman rasminya di Laman Ferrari: 458 Italia.

Ferrari 458 Italia ini mendapat anugerah Car of The Year oleh BBC Top Gear pada bulan Februari 2010. Tetapi dalam kesibukan dunia memuji Ferrari Model 458 Italia ni, rupanya ada kelemahan yang berbahaya kepada pemandunya. Sejak ia dikeluarkan pada 2009, terdapat lebih 10 kes kebakaran yang melibatkan Ferrari 458 Italia  dan kesemua kes kebakaran tu adalah kebakaran spontan yang tak diketahui puncanya!

Kejadian pertama Ferrari 458 Italia terbakar di Paris (source)

Ferrari 468 Italia yang terbakar semasa di simpan di London’s Heathrow Airport sebelum dihantar ke Arab Saudi.

Kejadian di Switzerland menunjukkan punca kebakaran yang sama seperti di Paris iaitu pada bahagian tayar belakang sebelah kiri (source)

Kejadian seterusnya di Costa Mesa, California. Merupakan kejadian kebakaran 458 Italia yang pertama di US. (source)

Lagi Ferrari 458 Italia terbakar! Kali ni kat China pulak (source)

Menurut Ferrari, masalah ini berkaitan dengan pelekat yang digunakan pada bahagian tayar Model 458 Italia ni. Gam yang digunakan tu  overheat dan terbakar. Rentetan dari kes ini, pihak Ferrari memanggil balik Model 458 Italia ni untuk memasang pelekat yang lain bagi memastikan kes kebakaran model ini tidak berulang dan jumlah kereta untuk ditarik semula tu mencecah angka 1200 458!

Moral of the story?

1. Yang mahal tak semestinya bagus kan?
2. In every human creations, there must be some weaknesses :)
3. You’re important no matter how small you are (merujuk kepada bahan pelekat pada 458 Italia!)

Sumber dan bacaan lanjut: 1 l 2


Jom tempah potret & karikatur?

Nak belajar main gitar?


Langgan untuk dapatkan update entry terbaru.

Masukkan e-mail untuk melanggan:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 pendapat bernas

  1. huh..

    kete mahal2 tapi leh duduk 2 orng je..

    x besh..
    DeAnNa´s last blog ..Makanan Yang Sayer Teringin Nak Makan Raya Nanti My ComLuv Profile

  2. kete dah mahal gila babeng. bley terbakar pulk. huhu. syg bro. adih la. tp smart la yg model ni. germ tngok. hehe
    acapz´s last blog ..Etika Yang Perlu Ada Pada Seseorang Yang Bergelar Hacker My ComLuv Profile

  3. kes macam ni boleh menjatuhkan reputasi ferrari. Patut diorang test dalam banyak keadaan sebelum jual model tu..
    kulanz´s last blog ..Statistik Blog Bulan Ogos 2010 My ComLuv Profile



Apa Pendapat Anda?

Ping My Blog!