Kisah ‘Selagi Ada Rindu’: Berbaloikah Bunuh Diri Demi Cinta?

Tell a Friend

selagiadarindu

Download Selagi Ada Rindu

Pernah tak dengar lagu ni? Anak2 murid Rie dari kelas 1E dok melalak2 lagu ni masa Rie suruh salin kerja kat papan hitam. Rie penah dengar dah sebelum tu kat youtube dan tiap kali dengar, mesti teringat kisah sedih yang dikaitkan dengan lagu ni. Lagu n lirik lagu ni Pak Long yang cipta tapi Rie tak tau la Pak Long sape kan..haha

Lagu ni lebih kurang sama ceritanya dengan Lagu Cinta 3 Segi yang hits dulu tu. Dulu lagu tu dikaitkan dengan pembunuhan seorang girl oleh ex-balak die kan. Lagu Selagi Ada Rindu ni plak dikaitkan dengan kejadian bunuh diri seorang lelaki yang frust bercinta. Ini betul2 cinta mati kan. Pada yang tak lemah semangat, leh tengok video tu kat bawah ni. If rasa xkuat, xyah la tengok. Takut teringat2 plak kang.

Gantung diri kerana kekasih. Berbaloikah? Pada Rie, tak berbaloi korbankan diri sendiri untuk orang yang tak tahu menghargai kita kan. Apapun terjadi dalam hidup kita, hidup masih perlu diteruskan. Langit masih biru, rumput masih hijau dan alam masih nyata even kita kehilangan orang yang paling kita cinta. Tapi itulah kann.. kita bercakap memang mudah, tapi yang menghadapi tu lebih tahu macamana rasanya.

Tapi tak semua perpisahan tu terjadi disebabkan kesilapan orang lain yang tak tahu menghargai. Boleh jadi jugak datang atas kelemahan dan kesilapan diri sendiri kan. Tak adil lak rasanya kalau kita cakap girl tu yang jahat tinggalkan mamat tu sebab kita sendiri tak tahu cerita disebalik kejadian tu. Apapun, ambil la pengajaran atas apa yang terjadi. Bila berjanji, tepatilah dan bila memberi harapan, pastikan ianya berisi, bukan kosong sesedap hati memberi.

Kalau ada antara korang yang putus cinta, jangan kunci diri sendiri dalam bilik. Ambil la masa untuk bersendiri sekejap untuk calm yourself down tapi jangan lama sangat memikirkannya. Dia tinggalkan kita mungkin bukan sebab kita tak layak untuk dia tapi mungkin sebab kita lebih layak terima yang lebih menyayangi kita. Go find yourself a life dan jangan singkatkan hidup yang dah sedia singkat untuk orang yang tak tahu menghargai.

So, renung-renungkan dan selamat beramal! Ecececeh.. :)


Jom tempah potret & karikatur?

Nak belajar main gitar?


Langgan untuk dapatkan update entry terbaru.

Masukkan e-mail untuk melanggan:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Apa Pendapat Anda?

Ping My Blog!