——————————-
Intro:
Ini kisah Aiman.
Eh..bukan Aiman tak kesah. Bukan.
Ini Aiman.

Salam!
Aiman ada kawan namanya Ah Wong.
Eh.. bukan Wong Choon Han. Bukan.
Ini Ah Wong.
Ni Hao!
Aiman dan Ah Wong ada lagi seorang kawan, namanya Krishnan.
Eh.. bukan Gobala Krishnan. Bukan.
Ini Krishnan.

Vanakkam!
Mereka bertiga ni berkawan baik sama sedarjah.
Belajar bersama, main bersama.
Hey hey hey 2x
Tiga sekawan!
——————————-
Apa cerita?
Mereka tiga sekawan ni dah dewasa sekarang ni dan masing-masing dah ada kehidupan dan keluarga sendiri. Tapi setiap kali ada masa atau cuti-cuti perayaan, mereka mesti berjumpa dan bertukar-tukar cerita.

“Krishnan, apa cerita kau sekarang? Dengar dah jadi tokey restaurant?”

“Haha.. cepat juga itu berita sampai. Aku baru bukak itu kedai 3 hari la.”

“Hahaha.. dan sudah 3 hali la aku makan flee.. Lugi la lu, Aiman.
Duduk jauh-jauh mana dapat makan flee maa!”

“Mana ada jauh sangat pun. Cuma sibuk je.
Kau lain la, Wong. Kerja sendiri senang. Dah okay dah bisnes?”

“Mesti okay punya. Lu tolong sama loan itu hali, semua sudah okay ma. Sudah jual lamai olang ma.”

“Ayo.. jual orang ka, Wong? Jangan jual aku sudah la.”

“Haiya.. lu timbang kilo jual pun tak laku la, Klishnan.
Bisnes kedai henset la. Itu hali sudah tengok. sudah lupa ka? Haiya.”

“Aku ingat tapi pelik la itu lu cakap jual orang juga tadi..
cakap mau betul-betul la, mesti mau jelas juga”

“Haiya.. lu pun cakap melayu terbalik, lagi mau banyak komplen.”

“Ye la.. korang dua orang ni cakap Melayu bertabur, tempias sana sini. Hahahaha”

“Dei, Amin. Cuba kau cakap Tamil, aku mau dengar”

“Hai lo, Amin. Cuba lu cakap Cina, ada leti ka?”

“Hakhak.. aku reti laa.. tamil,tamil, tamil.. cina, cina, cina.. sudah cakap 3 kali apa?”

“Ayo…”

“Haiya..”
(Berlaku adegan keganasan berbaur lucah yang tidak boleh diceritakan di sini)
“Adoii.. sori la, kawan. Aku gurau saja ma.”
“Haha.. aku ngan Wong pun gurau la”
“Hai lo.. kita tiga olang kan kawan baik maaa!”

Kita memang berbeza.
Warna kulit, bahasa ibunda, cara hidup, agama dan budaya.
Tapi itu bukan alasan untuk kita tidak menghormati.
Jangan kerana satu benda yang remeh, kita lupa semua kenangan dan hubungan baik sesama kita.
Selamat Hari Kemerdekaan ke-53
Hargai sesama insan kerana keamanan itu mahal harganya.




nk share link!
Misz Deanna´s last blog ..Cheese Nan & Ayam Tandoori-Restoran Pak Putra- Melaka
sila2..sgt dialu2kan
Salam,hahaha aku baca lawak tapi cutelah gambar cartoon,kau buat erk???? by hand or illustartor bro??
,hehehe
AyieBlog´s last blog ..Sambutan Hari Kemerdekaan Kolej Komuniti Kemaman
by hand je
then snap gune phone
edit kat photoshop
mls nak scan2 bagai
huhuhu