Isu Namewee: Kalau Tak Cipta Kontroversi, Orang akan Ambil Pedulikah?

Tell a Friend

“To get noticed, sometimes it’s better to use harsh words,” said the Muar-born non-conformist, whose real name is Wee Meng Chee.

“For example, if I say, ‘The girl is ‘f***ing hot’in comparison with ‘She is smoking hot’ , which sentence will give a better expression of how attractive she is?” he asked.

Namewee – nama yang tak asing lagi bagi kita. Dia ni la yang menyanyi dan menerbitkan lagu Negarakuku di YouTube beberapa tahun lalu. Dan sekarang dia kembali dengan kontroversi Fuck Racism Malaysia. Jom layan video si Namewee ni kejap.

Negarakuku

Untuk video Negarakuku ni, Rie tak suka statement pasal masjid bising pagi-pagi dan pasal pakai tudung tu. Yang lain-lain, mungkin betul kan? Chinese memang susah nak dapat loan walaupun tak semua mereka tu kaya. Dan video ni, pada Rie memang agak tepat dengan pandangan bangsa cina kepada Malaysia. Dan statement yang terakhir tu, tentang dia kata dia balik Malaysia, masih lagi nyanyi lagu Negaraku, bukankah bermaksud dia sayang Malaysia? Mungkin.

Fuck Racism Malaysia

Video Fuck Racism Malaysia ni pula berkaitan isu seorang guru besar yang mengeluarkan statement “Orang cina pergi balik cina la” dan menimbulkan ketakpuashatian masyarakat cina. Lagi sekali, put ourselves in their shoes, sure la marah kan? Sibuk kita mewar-warkan konsep 1Malaysia dan rakyat berbilang bangsa pada dunia tapi kenyataannya? Mana ada itu semua pada segelintir rakyat kita. Cuma mungkin Namewee tidak perlu mengeluarkan kata-kata camtu. Dan please la, para pendidik, cikgu-cikgu di sekolah, jagalah lidah. Jangan disebabkan kita, generasi akan datang dah tak bersatu lagi.

Kawanku

Video Kawanku ni pula menyatakan rasa tak puashati Namewee pada penggunaan bahasa kantonis dan mandarin. Pada Rie, ini menunjukkan si Namewee ni bukan bermotif nak menjatuhkan orang Melayu tapi dia memang jenis akan fight for any injustice dan apa-apa sahaja yang dia tak puashati. Kemudian, ada pula part untuk orang Melayu. Walaupun memang terasa pedas lirik dia tapi memang kenyataan kan? Melayu malas kerja dan suka cakap “Cina Babi”. Selalu dengar ni, bukan Rie main cakap saja.

Dah tengok? Rasa marah tak? Rie cakap terus terang la. Rie rasa memang ada some parts dari apa yang Namewee ni cakap ada betulnya. Soal rasuah, orang Melayu malas, racism. Memang semua berlaku di negara kita. Cuma mungkin penyampaian yang agak kasar dan kurang sopan ni menyebabkan kita marah. Tapi camnepun perlu juga diingat, latarbelakang dan pengalaman kita tak sama dengan orang lain. Maksud Rie, walaupun bagi kita agak biadab untuk cakap perkataan F**k dan menda-menda lucah yang lain, ada juga orang yang rasa biasa je kan sebab kehidupan dan persekitaran yang kita lalui tak sama. Persepsi, pandangan dan pendapat pun berbeza.

Namewee pun ada blog tapi dalam Bahasa Cina. Tengok video je boleh. Hahaha

Kalau kita fikir dengan matang, apa yang Namewee buat ni tetap ada pros dan cons. Yang tak baiknya ialah kita bimbang lebih ramai orang yang akan mengikut jejak langkah dia yang berani buat macam-macam. Menda ni kalau fanatik sangat boleh mengancam keamanan negara. Tapi yang pro nya ialah kalau takde sape berani complaint, kita takkan pernah maju. Jadi kalau lepas-lepas ni, kita tengok video Namewee ni, cuba kita jadikannya satu cabaran dan peringatan. Bagi Rie, Namewee ni lagi better dari orang yang bermuka-muka. Depan kita cakap puji sampai ke langit, tapi belakang kita ada propaganda nak menjatuhkan orang-orang Melayu. Fikir-fikirkanlah. Jangan kerana kita Melayu dan diberi hak keistimewaan, kita tak boleh nak ambil teguran dari kaum lain.

Hal ni sama je dengan keadaan politik sesebuah negara. Mesti ada kerajaan dan pembangkang. Kalau tidak, kita takkan ke mana. Pembangkang mencabar kredibiliti kerajaan dan kerajaan menaiktaraf. Masing-masing memerlukan dan diperlukan sebenarnya untuk menambahbaik keadaan tapi dalam cara yang tidak langsung dan adakalanya kita tak perasan langsung. Dan apa yang menjadikan kita unik ialah apabila kita masing-masing mempunyai kita. Kerajaan ada pembangkang untuk mencabarnya, pembangkang ada kerajaan untuk dicabar. Dan Malaysia ada bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain yang menjadikan kita unik dalam nama 1Malaysia. Kalau tidak, tak kan wujud frasa Masyarakat Berbilang Bangsa di Malaysia kan?

P.S:
Rie tulis ni bukan sebab nak menjatuhkan orang Melayu dan menyokong mana-mana kaum lain tapi  Rie cuma harap masyarakat kita boleh berfikir lebih terbuka dan pandang dari segi yang positif juga. Jangan pandang hanya dari satu sudut je sebab nanti setiap perkara yang terjadi akan berakhir dengan pengakhiran yang negatif sampai bila-bila.

Info lanjut: 1Malaysia, Namewee StyleNamewee’s YouTube Channel


Jom tempah potret & karikatur?

Nak belajar main gitar?


Langgan untuk dapatkan update entry terbaru.

Masukkan e-mail untuk melanggan:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 pendapat bernas

  1. actually ak xske la mereka yang bukan melayu kutuk2 orang melayu…
    orang melayu knelah berusaha untuk lebih maju!
    erm….
    nice la pembukaan blog ko nie..tertarik aku..:D
    nash´s last blog ..Maksiat Masih Berleluasa di Bulan Ramadhan!! My ComLuv Profile

    • aku pun xske, nash

      dan sebanyak mana kita tak suka org kutuk melayu
      sebanyak tu la jugak mereka xsuka melayu kutuk dorang

      itu yg perlu kita sama-sama sedari

  2. mungkin salah satu cara mamat tu untuk luahkan apa yg terbuku dalam hati dia..
    etomyam´s last blog ..Preview Filem Melayu- Senario Asam Garam My ComLuv Profile

  3. erm mungkin ada betulnya, pasal rasuah tuh memang setuju la…
    zik´s last blog ..Mengapa sahur itu penting My ComLuv Profile

    • hmm..tu la kan
      tp jrg ada penyanyi nak nyanyi pasal rasuah tu
      sbb takut kne banned
      ngee~

  4. Banyak cara lagi tuk dia tegur…kata ada degree…bukan dgn menghina bangsa dan agama lain. Tgk komen2 kt video dia…banyak negatif or positif? Lebih membawa kebaikkan atau keburukkan?? Akhirnya mende2 ni jadi marak disebabkan hal2 sebegini….
    yas´s last blog ..Don Sammons- rela sendirian di sebuah kotaMy ComLuv Profile



Apa Pendapat Anda?

Ping My Blog!