
Hai.. Rie baru je menonton Lagenda Budak Setan petang tadi. Rie tak pernah baca pun novel Ahadiat Akashah ni. Actually memang tak berapa minat pun novel2 bagai. Asal baca je, ngantuk. Asal ngantuk je, baca.. haha.. tapi camnepun, Rie leh bagi takat 2 setengah bintang je kot kat cerita ni.
Ada 2,3 kucing berlari..eh, ada la 2,3 adegan tak berapa kena n tak bape nak logik dalam citer ni yang Rie rasa nak tergelak pun ada:
- Masa Si Nubhan beritahu Farid Kamil pasal si Ayu tu satu bilik dengan Suzana. Apsal muka si Nubhan sedih plak? Motif ko sedih, Nubhan?
- Masa Farid Kamil sampai kat kampung, turun sampan dan terus je jalan ke rumah. Aiseh..ingat kat hotel ape, barang-barang semua tinggal, soh orang kampung angkat. Haa..buat la perangai rupa itu, mahu dikata dek orang kampung ekau kang.
- Masa Farid Kamil kat pulau tu, amboiii sampai setahun takleh balik ek. Cam kelakar lagi sekali sebab macam tak logik xleh balik dalam setahun tu. Duduk bulan kah?
- Masa Farid Kamil hantar Ayu balik dari hospital (masa baru hilang ingatan), keluar kereta tak pakai sunglass, sampai tangga, dan-dan dah ada sunglass. Motif pakai sunglass untuk beberapa detik sebelum masuk rumah?
- Masa Ayu meninggal semasa melahirkan anak, rasa macam janggal je nurse tu bagi Farid Kamil tengok anak tapi tak beritahu tentang keadaan Ayu.
Tujuan Rie menulis perkara-perkara tak logik ni bukan nak condemn filem kita. Cuma mungkin director2 Malaysia perlu lebih prihatin dengan perkara-perkara remeh dalam filem untuk memartabatkan industri filem Malaysia




setujuuuuuuuuuuuuuuuu!
hmm.. citer Kecoh Betul lg la cam hampes.. x kecoh lgsg.. mcm diorg syok sdri je b’lakon..
Ann´s last blog ..Bercuti di Tropical Village, Johor