Pagi tadi, sebelum masuk kelas, perut memulas-mulas. Sakit sangat-sangat. Tapi bila masuk toilet, tunggu punyalah lama tapi tak keluar juga (ehem..jangan imagine!). Berpeluh-peluh dalam toilet tu. Kalau ada air-cond pun rasanya tetap berpeluh juga. Adakah disebabkan minum milo semalam? Atau terlebih teh hijau masa berbuka? Atau tak cukup air? Rie memang jenis minum banyak air. Sehari mau habis 3, 4 tabung air tupperware yang besar tu tapi disebabkan puasa, tak habis la walau 2 tabung je. Then, ada pula kawan kata minum milo boleh buat kita sembelit. Kebetulan pula malam tadi, Rie ada minum milo. Aisehhh.. problem ni.

[photo credit: google - lupa amik link. ampun!]
Korang pernah ada masalah sembelit ni tak sepanjang puasa? Rasanya masalah ni biasa kan? Jom tanya Encik Google macamana nak menghalang masalah sembelit masa bulan puasa ni.
Sembelit semasa bulan puasa kebanyakannya disebabkan oleh perubahan dalam pemakanan dan cara hidup kita. Punca utama sembelit ialah pengurangan serat dan cecair, terutamanya air, di dalam diet kita. Oleh itu, dicadangkan untuk mereka yang menghadapi masalah sembelit untuk mengikut garis panduan di bawah:
- Minum minimum 1.5L air sehari
- Minum cecair seperti sup dalam kuantiti yang banyak
- Makan makanan berserat tinggi seperti sayuran, bijirin, gandum etc
- Elakkan makan roti putih, beras, pastries
- Makan sayuran seperti kubis, brokoli, bayam etc
- Makan buah-buahan kering seperti prune, aprikot dan kurma
- Minum teh herba yang tidak berkafein di waktu pagi
- Berjalan-jalan atau aktif antara Iftar dan Sahur
[sumber: sahiya.com]
Kalau tengok-tengok balik, kebanyakan tips untuk mengelakkan sembelit pada bulan Ramadhan ni ialah dengan makan kurma semasa bersahur. Lagi sekali jom tengok apa kebaikan kurma dan kenapa kurma ni digalakkan untuk dimakan semasa sahur dan buka.
Kurma mengandungi gula semulajadi – sumber tenaga yang banyak. Sumber tenaga segera ini membantu badan untuk memulakan proses pencernaan dan membantunya untuk menghadamkan makanan yang kompleks semasa berbuka. Kurma senang dihadam; oleh itu, berbuka dengan kurma dan kemudian pergi ke masjid untuk bersembahyang maghrib sebelum menjamah makanan memberikan kurma masa untuk dihadam di dalam badan. Kurma juga mempunyai banyak vitamin dan mineral seperti vitamin A dan B6, potassium, kalsium, zat besi dan beta karotin. Kebanyakan nutrien dari kurma membantu melindungi perut dan salur pencernaan dari parasit dan bakteria. Kandungan serat yang tinggi menghalang sembelit yang berlaku disebabkan oleh perubahan rutin pemakanan semasa bulan Ramadhan.
[sumber: helium.com]
So, kesimpulannya, kalau tak nak sembelit,
makanlah kurma semasa sahur dan berbuka
Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW:
Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.”-HR Ibnu Hibban & Baihaqi
[via suziemclean]
Dan bila sebut pasal kurma, tak sah kalau tak sebut nama Yusuf Taiyoob (sila baca dengan nada berangin-angin). Kalau ada yang tak pernah dengar nama itu, rasanya agak pelik. Memang sangat popular brand kurma ni. Lagipun mana ada lagi kurma berjenama yang lain, dia perintis dan perintis selalunya memang popular. Kurma keluaran Yusuf Taiyoob ni ada nama sendiri kan; Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta. Difahamkan dia menamakan kurma tu mengikut nama anak-anak dia. Kasih sayang seorang bapa
yang berjaya menaikkan semangat dan jenamanya bukan sahaja di Malaysia, malah hampir seluruh dunia. Nak baca lebih lanjut mengenai Yusuf Taiyoob dan ambil pengajaran dari kisahnya, sila jenguk Hafizizain.com.
Dan akhir sekali, kurma in english = dates tapi please no dating-mating bulan puasa ni
[photo credit: sadiya]




owh patot la sayer xde masalah sembelit sepanjng bulan posa ni..
;p
awak memang selalu buat proses perkumuhan tuuu
xheran la kan
haha
banyak khasiat rupanya kurma ni, elok dijadikan makanan rutin
etomyam´s last blog ..Beginilah Rasanya
btul tu, tomyam
bukan takat ms bulan ramadhan je
makan tiap2 hari pun bagus
Suka sebut Yusuf Taiyoob tu dengan nada yang sepoi2 macam dalam iklan.
)
pandai dia buat iklan tu kan
cam berangin2 je
mula2 dlu xsangka tu iklan kurma
hehehe
baru guwe taauu..
ss´s last blog ..MERDEJAH
hehe..gud2
aku pun bru je tau ms tulis post ni
sbb tu besh blogging ni kan
suka makan kurma..tapi time bulan puasa jelah ..ehehe
sama la..
bila bulan tak puasa, tak tengok sangat pun kurma tu
kenapa ntah kan?