Soalan dari Rie yang tak berapa malu;
Ada sesiapa nak sponsor Rie join The Sketchbook Project 2011?
Apa dia Sketchbook Project 2011?
“It is like a concert tour but with sketchbooks”
The Sketchbook Project 2011 ni adalah satu projek anjuran Art House Co-op yang mengumpulkan ribuan sketchbook dari seluruh dunia untuk dijadikan museum atau galeri bergerak sepanjang 2011 nanti.
Setiap peserta akan diberikan satu sketchbook kosong yang perlu dilengkapkan dan dipos semula kepada mereka. Sketchbook ini akan diberikan bar code dan didaftarkan ke sistem katalog The Brooklyn Art Library. Setelah didaftarkan ke sistem katalog, pemilik sketchbook boleh memeriksa di mana sketchbooknya berada pada masa tertentu dan berapa kali sketchbooknya telah dilihat oleh orang ramai.
Peserta dikenakan bayaran USD25 untuk setiap sketchbook dan perlu menentukan tema untuk sketchbooknya terlebih dahulu. Terdapat banyak tema yang disediakan; Help!, , , Revenge,Trading forever, Dirigibles and submersiles, Capture the flag, …you’d be home by now, Make mine a double, In 5 minutes, Adhere to me, Coffee and cigarettes, Boys and girls, The greatest story ever told, Science project gone wrong, Down your street dan Secret codes.
Untuk mereka yang berminat, boleh sign up sebelum 31st October 2010, hantar skectbook sebelum 15th Jan 2011 dan tour sketchbook ni akan bermula pada March 2011.
Antara contoh sketchbooks yang telah dihantar:
Dan diulangi sekali lagi soalan yang agak tak malu ni:
Ada sesiapa nak sponsor Rie join The Skecthbook Project ni?
Kalau Rie boleh join, Rie nak pilih tema “The Greatest Story Ever Told” atau “Science Project Gone Wrong”. Wahhh..agak teruja nak join ni tapi wang agak kureng nak dekat raya ni. So, I’ll be so glad if ada yang baik hati nak sponsor. Haha. If takde pun, maybe after raya, Rie try juga mendapatkannya. Jom sama-sama?
Maklumat lebih lanjut, sila klik banner bawah ni









chaiyok2!
DeAnNa´s last blog ..Makanan Yang Sayer Teringin Nak Makan Raya Nanti
hehe..jom la join skali?
menarik sekali ni, kalau ada masa nak jugak join
etomyam´s last blog ..Jangan Main Mercun
wahh..bgus2
jom ramai2
hehe