Tempah Portret atau Karikatur

Posted by on September 10, 2011 in BLOG, INSPIRASI | 0 comments

Berminat nak tempah portret atau karikatur digital. Korang boleh lakukannya di YanKhalid.com! Dengan penganjuran projek ‘A Million Portraits Cafe’,  korang boleh dapatkan karikatur digital korang sendiri dengan harga RM3.50!

Apakah dia projek A Million Portraits Cafe?

A Million Portraits Cafe adalah projek mengumpul dana untuk membuka sebuah kafe bertempat di Melaka, Malaysia. Melalui projek ini, dana sebanyak USD1 (RM3.50) dikumpul dengan mengambil upah melukis karikatur digital penyumbang dana. Ini bermaksud sesiapa yang ingin memiliki karikatur sendiri secara tidak langsung akan mendermakan dana kepada A Million Portraits Cafe.

Apakah kelebihan penyumbang A Million Portraits Cafe?

  1. Anda akan memiliki portret dan karikatur anda sendiri.
  2. Harga yang sangat murah – dengan RM3.50, anda boleh memiliki portret sendiri dan keahlian kafe yang akan datang.
  3. Portret dan karikatur anda akan menghiasi dinding kafe dan digunakan dalam hiasan mana-mana custom element di kafe.
  4. Portret anda akan diupload ke laman A Million Portraits Cafe bersama link yang anda mahukan.
  5. Anda secara automatik menjadi ahli A Million Portraits Cafe dan akan mendapat harga diskaun setiap kali datang.
  6. 10% dari keuntungan bulanan kafe akan disalurkan kepada badan kebajikan atas nama penyumbang kafe.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web : A Million Portraits Cafe

 








Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge


10 Posts dari Blog Kawan-Kawan: