Weekend lepas, Rie kuar Sibu dan baru terjumpa dengan model Yamaha Lagende 115z yang baru je dilancarkan Julai lepas. Aiseh..memang tangkap leleh la.. Rasa nak nangis pun ada bila tengok. Memang cun especially part lampu depan dan belakang dia.
Screenshot: [Source]
Cakap banyak pun tak guna kan. Tengok ciri-ciri dia:
Istimewanya Lagenda 115z ni pada design lampu depan belakang dia dan compartment bawah seat yang agak besar. Panel bahagian dalam pun agak smart. Tapi disc brake hanya untuk front brake, yang belakang jenis drum.
Bila search kat net, rupanya Lagenda 115z ni dikenali dengan nama Yamaha Jupiter Z115 di Indonesia dan Yamaha Vega Force di Thailand. Dan di Malaysia, ada dua model dia; Lagenda 115z dan 115ZR.
Lagenda 115z ni ada dalam warna merah, hitam ngan putih. Kalau Rie beli, Rie rembat merah la..tapi putih pun not bad. Nak make up senang. Lagenda 115zr pula hanya terdapat dalam warna biru. kalau Yamaha buat warna gold ke pun besh gak kan sebab jarang jumpa yang gold colour ni. Okay, ciri-ciri 115ZR tu memang agak meremangkan bulu-bulu yang ada di badan.
Design dah memang smart kan. Orang kata Don’t Judge a Book Just by Its Cover kan. So, sekarang try kita tengok pulak dia nyer spec dan harga. Berbaloi ke tak untuk dibeli. Harga OTR untuk 115z dianggarkan RM4,800+ (kick starter) dan RM5,100+ (electric starter). Harga untuk 115ZR pulak RM5,500+.
Kelebihan dari segi specs berbanding Lagenda 110 ialah dari segi cc la, dari 110cc naik ke 115cc tapi kekurangannya ialah dari segi fuel tank. Lagenda 110Z boleh muat 4.5L tapi 115Z hanya 4.2L. Mungkin disebabkan ruang simpanan bawah seat yang lebih besar.
Kesimpulannya, Lagenda 115z ni memang mempunyai design yang cun dan ada ciri-ciri yang baru tetapi specs masih dalam tahap biasa. Tapi if korang memang peminat Yamaha dan sedang cari-cari motor dengan budget dalam RM6,000, better korang bersabar dan simpan lagi sket duit korang. Pastu grab je Yamaha 135LC! Lagi puashati..haha




huhu..
mcm alien laaa..
DeAnNa´s last blog ..Roti bentuk manusiaada berani
awak tu sume moto awakckp cam alien slagi tak bwarna pink kaler..haha
lagi baik beli kancil. canitk mana pun macam hampas je. jangan dok gila sangat kat moto ni. semua buat bunuh org melayu je.benda ni. yang rosak sejak di bangku sekolah lagi semua disebabkan oleh motor macam ni. tak percaya kau tengok budak sekolah balik sekolah. yg hisap rokok. yg ponteng yg pikol tayar. ekzos cat bikin lah semua akibat motor capcai macam ni.sedangkan masa hadapan lagi penting.
gila pun sekejap je. lepas gagal dalam hidup lepas tu semua akan menesal tak sudah.
motor adalah untuk keperluan. memadai motor murah dan tak perlu menunjuk2.kau tengok kaum cina mana nak gila motor. yg rosak dek cubprix lah semua org melayu. yg malu semua nama mhod….. ada nama wong ke a/l ke. lepas tu tiru aksi tu. yg .
sedarlah jangan di jajah jepun lagi. kita mesti memikirkan perkara untuk mamajukan diri kita dan negara.
tak semua yg bwk moto tu rempit, pak din.
dan tak semua org mampu beli kereta.
lagipun apa salahnya kalau dah mmg minat moto
sama juga mcm org minat mekap kete kan?
macam kau xpernah naik motor whai pak din..koya baik mu ni..skema nk mampus ko ni
sabo2
BETUL2..AKU PUN SETUJU CKP RIE TU..LGPUN SEMUA KN DH BESR PNJG,X KN LH X TAU BHY DI JLN RY BILE PNDU LJU..TK KIRA MOTOR ATAUPUN KETE SEMUNYE SM JE..KLU DH NK TERGOLEK TU DAH X KIRA SAPE DAH..
mmm, mmg cun… sya slah sorg pemilik moto ni, but kurang power la…. ad idea x nak bgi dia kaw2 skit lju nya